NOKIA SOFTWARE
EUSA
PENTING: BACA DENGAN TELITI SEBELUM MEMASANG, MEMUAT TURUN, ATAU MENGGUNAKAN PERISIAN
PERJANJIAN PERISIAN PENGGUNA AKHIR NOKIA CORPORATION
Perjanjian Perisian ini ("Perjanjian") adalah antara Anda (sama ada individu atau entiti), Pengguna Akhir, dan Nokia Corporation ("Nokia"). Perjanjian ini membenarkan Anda menggunakan Perisian seperti yang dinyatakan dalam Klausa 1 di bawah, yang boleh disimpan pada CD-ROM/DVD-ROM, dihantar kepada Anda melalui mel elektronik, atau dimuat turunkan dari Laman web atau Pelayan Nokia atau dari sumber-sumber lain di bawah terma dan syarat yang dinyatakan di bawah. Ini merupakan perjanjian mengenai hak-hak pengguna akhir dan bukan perjanjian bagi jualan. Nokia kekal pemilik salinan Perisian dan media fizikal yang terkandung di dalam pakej jualan dan sebarang salinan lain yang Anda dibenarkan membuatnya mengikut Perjanjian ini.
Sila baca Perjanjian ini dengan teliti sebelum memasang, memuat turun, atau menggunakan Perisian. Dengan mengklik pada butang "Saya Terima" semasa memasang, memuat turun, dan/atau menggunakan Perisian, Anda bersetuju dengan terma dan syarat Perjanjian ini. Sekiranya Anda tidak bersetuju dengan semua terma dan syarat Perjanjian ini, sila klik segera butang "Tolak" atau "Saya Tidak Terima", batalkan pemasangan atau muatan turun, atau musnahkan atau kembalikan Perisian dan segala dokumentasi yang disertakan kepada Nokia. ANDA BERSETUJU BAHAWA PENGGUNAAN PERISIAN INI MENGESAHKAN BAHAWA ANDA SUDAH MEMBACA PERJANJIAN INI, MEMAHAMINYA, DAN BERSETUJU UNTUK TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARATNYA.
1. PERISIAN Seperti yang digunakan dalam Perjanjian ini, istilah "Perisian" bermakna, secara kolektif: (i) produk perisian seperti yang dinyatakan di atas (ii) kesemua kandungan cakera, CD-ROM/DVD-ROM, mel elektronik dan lampiran-lampiran failnya, atau media lain yang disediakan bersama Perjanjian ini, termasuk bentuk kod objek perisian yang diberikan melalui CD-ROM/DVD-ROM, mel elektronik, atau laman Web (iii) imej digital, gambar stok, lukisan klip, atau lain-lain kerja artistik ("Fail Stok") (iv) bahan-bahan penjelasan bertulis dan sebarang bentuk dokumentasi yang berkaitan dengannya ("Dokumentasi"); (v) fon, dan (vi) peningkatan, versi diubahsuai, kemaskini, tambahan, dan salinan-salinan Perisian (secara kolektif "Kemaskini"), sekiranya ada, yang dilesenkan kepada Anda oleh Nokia di bawah Perjanjian ini.
2. DASAR PRIVASI NOKIA MUSIC. Di Nokia, privasi anda adalah penting dan kami komited untuk melindungi data peribadi anda. Dengan mengakses dan menggunakan Nokia Music, anda bersetuju dengan terma dan syarat yang berkaitan dengan Data Penggunaan yang dikumpulkan oleh Nokia, seperti yang dijelaskan secara terperinci di bawah, dan dengan Dasar Privasi Nokia, yang anda boleh akses di (http://www.nokia.com.my/A4501036) (“Dasar”). Kami berharap bahawa kedua-duanya membantu anda memahami jenis data peribadi dan data penggunaan yang kami kumpul menerusi Nokia Music dan bagaimana kami kendalikan dan gunakan data ini selepas pengumpulan.
Jika anda tidak bersetuju dengan Dasar ini, sila jangan gunakan Nokia Music.
Data Penggunaan
Terma “data penggunaan” bermaksud data khusus mengenai penggunaan Nokia Music oleh anda, koleksi anda, dan bagaimana anda menggunakan trek anda pada PC serasi anda dan peranti mudah alih serasi anda, seperti yang dijelaskan dengan lebih terperinci di bawah.
Apabila anda menggunakan Nokia Music, Nokia mengumpul maklumat mengenai versi Nokia Music yang telah anda pasang, maklumat statistik tertentu mengenai penggunaan Nokia Music oleh anda, maklumat mengenai saiz koleksi muzik anda, dan maklumat mengenai versi sistem pengoperasian Microsoft Windows yang mana anda pasang, bahasanya dan tetapan lokasinya. Kami juga mengumpul maklumat mengenai keutamaan pengguna yang telah anda tetapkan ke nilai bukan lalai dan maklumat tertentu lain mengenai penggunaan trek oleh anda (sebagai contoh, bilangan trek yang dimuat turun dari Kedai Nokia Music, bilangan trek yang dimainkan pada PC serasi anda dan peranti mudah alih serasi anda, dan bilangan kali trek dirip atau ditulis dari CD). Kami tidak mengumpul maklumat mengenai penggunaan trek individu oleh anda. Kami mengumpul sebarang maklumat teks yang anda masukkan supaya dapat mengenal pasti CD audio yang tidak kenali atau dikenal pasti separa. Data yang dikumpulkan termasuk bilangan dan jenis peranti mudah alih serasi yang telah anda sambung, bilangan pemindahan yang telah anda lakukan, dan bilangan perkongsian pemindahan auto yang telah anda tentukan. Nokia Music dan kerja seni album tidak tersedia di semua negara; Nokia Music memeriksa ketersediaan dalam negara anda dan akan mengumpul data mengenai prestasi menjalankan pemeriksaan ini. Kami juga mengumpul data penggunaan khusus berkaitan dengan perkhidmatan pengambilan metadata Nokia (sebagai contoh, bilangan kali anda telah menggunakannya dan berapa kali, jika ada, ia gagal berfungsi). Tujuan maklumat ini adalah untuk memberikan anda perkhidmatan yang lebih baik.
3. HAK PENGGUNA AKHIR DAN PENGGUNAAN. Nokia memberikan Anda hak pengguna akhir yang tidak eksklusif dan tidak boleh dipindah untuk memasang Perisian ini pada cakera keras tempatan atau media penyimpanan kekal lain bagi satu komputer dan menggunakan Perisian pada satu komputer atau terminal pada satu masa.
4. BATASAN KEPADA HAK PENGGUNA AKHIR. Anda tidak dibenarkan menyalin, mengedar, atau membuat kerja-kerja terbitan daripada Perisian kecuali seperti yang berikut:
(a) Anda boleh membuat satu salinan Perisian pada media magnetik sebagai salinan sokongan arkib, dengan syarat salinan sokongan arkib Anda tidak dipasang atau diguna pada mana-mana komputer. Sebarang salinan Perisian lain yang Anda buat adalah melanggar Perjanjian ini.
(b) Anda tidak dibenarkan mengguna, mengubahsuai, menterjemah, mengeluarkan semula, atau memindahkan hak menggunakan Perisian ini atau menyalin Perisian kecuali seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Perjanjian ini.
(c) Anda tidak dibenarkan menjual semula, melesenkan semula, menyewakan, memajakkan, atau meminjamkan Perisian ini.
(d) Anda tidak dibenarkan membalikkan kejuruteraan, membalikkan kompilasi, membuka, atau cuba mendapatkan kod sumber Perisian (kecuali sehingga takat yang sekatan ini dilarang dengan jelas oleh undang-undang) atau mencipta kerja-kerja terbitan berdasarkan Perisian ini.
(e) Kecuali dinyatakan sebaliknya dalam Dokumentasi, Anda tidak dibenarkan mempamerkan, mengubahsuai, mengeluarkan semula, atau mengedarkan sebarang Fail Stok yang disertakan bersama Perisian ini. Sekiranya Dokumentasi membenarkan Anda mempamerkan Fail Stok, Anda tidak dibenarkan mengedarkan Fail Stok secara bersendirian, iaitu, dalam keadaan-keadaan di mana Fail Stok merupakan nilai utama dalam produk yang diedarkan. Anda perlu membaca fail "Readme" yang berkaitan dengan Fail Stok yang Anda gunakan untuk menentukan hak-hak yang Anda miliki berkaitan bahan-bahan seumpamanya. Fail Stok tidak boleh digunakan bagi mengeluarkan bahan berbentuk libel, fitnah, penipuan, pelanggaran, lucah, atau pornografi atau yang menyalahi undang-undang. Anda tidak boleh mendaftarkan atau menuntut sebarang hak dalam Fail Stok atau kerja-kerja terbitan darinya.
(f) Anda bersetuju bahawa Anda akan hanya menggunakan Perisian ini secara yang mematuhi semua undang-undang dalam jurisdiksi penggunaan Perisian Anda, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sekatan-sekatan berkaitan hak cipta dan hak-hak harta intelektual lain.
You further acknowledge that this Software is licensed under the MPEG-4 Visual Patent
Portfolio License (i) for personal and non-commercial use in connection with information
which has been encoded in compliance with the MPEG-4 Visual Standard by a consumer
engaged in a personal and non-commercial activity and (ii) for use in connection with
MPEG-4 video provided by a licensed video provider. No license is granted or shall
be implied for any other use. Additional information including that relating to
promotional, internal and commercial uses may be obtained from MPEG LA, LLC.
Produk ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten Visual MPEG-4
(i) untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial yang berkaitan dengan maklumat yang
telah dikodkan dengan mematuhi Piawai Visual MPEG-4 oleh pengguna yang terlibat dalam
kegiatan peribadi dan bukan komersial dan (ii) untuk kegunaan yang berkaitan dengan
video MPEG-4 yang disediakan oleh pembekal video berlesen. Tiada lesen akan diberikan
atau tersirat untuk sebarang kegunaan lain. Maklumat tambahan termasuk yang berkaitan
dengan penggunaan promosi, dalaman dan komersial boleh diperolehi daripada MPEG LA, LLC.
With respect to video in compliance with the AVC Standard ("AVC video"), this Software may not be used for anything else than for the personal and non-commercial use of a consumer to (i) encode AVC video and/or (ii) decode AVC video that was encoded by a consumer engaged in a personal and non-commercial activity and/or was obtained from a video provider licensed to provide AVC video.
Berhubung dengan video mengenai pematuhan dengan Piawai AVC (video AVC), Perisian ini tidak boleh digunakan selain daripada untuk kegunaan peribadi dan bukan komersil daripada pelanggan untuk (i) mengekod video AVC dan/atau (ii) menyahkod video AVC yang telah dikodkan oleh pengguna yang terlibat dalam aktiviti peribadi dan bukan komersil dan/atau telah diperoleh daripada pembekal video yang dilesenkan untuk menyediakan video AVC.
With respect to MP3 content, supply of this product does not convey a license nor imply any right to distribute content created with this product in revenue-generating broadcast systems (terrestrial, satellite, cable and/or other distribution channels), streaming applications (via Internet, intranets, and/or other networks), other content distribution systems (pay-audio or audio-on-demand applications and the like) or on physical media (compact discs, digital versatile discs, semiconductor chips, hard drives, memory cards and the like). An independent license for such use is required. For details, please visit http://mp3licensing.com.
Berhubung dengan kandungan MP3, bekalan produk ini tidak menyampaikan lesen atau menandakan sebarang hak untuk mengedarkan kandungan MP3 yang diwujudkan bersama produk ini dalam sistem siaran penjanaan hasil (terestrial, satelit, kabel dan/atau saluran pengedaran yang lain), aplikasi penstriman (melalui Internet, intranet, dan/atau rangkaian lain), sistem pengedaran kandungan yang lain (aplikasi audio-bayar atau audio atas permintaan dan seumpamanya) atau media fizikal (cakera padat, cakera versatil digital, cip semikonduktor, cakera keras, kad memori dan seumpamanya). Lesen bebas untuk penggunaan yang seumpamanya diperlukan. Untuk mendapatkan butiran lanjut, lawati http://mp3licensing.com.
5. HAK CIPTA. Perisian dan semua hak, tanpa batasan termasuk hak pemilikan yang terkandung di dalamnya, adalah dimiliki oleh Nokia dan/atau pelesen-pelesennya dan sekutu-sekutunya dan adalah dilindungi oleh syarat-syarat perjanjian antarabangsa dan lain-lain undang-undang kebangsaan yang digunapakai dalam negara penggunaannya. Struktur, organisasi, dan kod Perisian merupakan rahsia perdagangan berharga dan maklumat rahsia Nokia dan/atau pelesen-pelesennya dan sekutu-sekutunya. Anda tidak dibenarkan menyalin Perisian, kecuali seperti yang dinyatakan dalam klausa 3 (Batasan Pada Hak Pengguna Akhir). Sebarang salinan yang Anda dibenarkan membuatnya berdasarkan Perjanjian ini mesti mengandungi notis-notis hak cipta dan lain-lain notis pemilikan seperti yang disertakan pada Perisian .
6. PERISIAN PELBAGAI PENYESUAIAN / PERISIAN PELBAGAI BAHASA / PERISIAN DUA MEDIA / SALINAN BERGANDA / KEMASKINI. Sekiranya Perisian menyokong pelbagai platform atau bahasa , sekiranya anda menerima Perisian dalam pelbagai media , atau sekiranya Anda menerima salinan berganda Perisian ini, jumlah komputer di mana semua versi Perisian dipasangkan adalah satu komputer sahaja. Anda tidak dibenarkan menyewakan, memajakkan, melesenkan semula, meminjamkan, atau memindahkan versi-versi atau salinan-salinan Perisian yang Anda tidak menggunakan . Sekiranya Perisian merupakan Kemaskini versi terdahulu Perisian, Anda perlu memiliki hak-hak pengguna akhir bagi versi terdahulu berkenaan untuk membolehkan anda menggunakan Kemaskini berkenaan, dan Anda boleh menggunakan versi terdahulu selama sembilan puluh (90) hari selepas Anda menerima Kemaskini untuk membantu Anda dalam transisi anda ke Kemaskini berkenaan. Selepas tempoh berkenaan, Anda tidak lagi mempunyai hak untuk menggunakan versi terdahulu, kecuali hanya bagi tujuan membolehkan anda memasang Kemaskini berkenaan.
7. PERMULAAN & PENAMATAN. Perjanjian ini berkuatkuasa dari tarikh pertama Anda memasang Perisian. Anda boleh menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memadamkan secara kekal, memusnahkan, dan mengembalikan atas pembiayaan Anda sendiri, Perisian, semua salinan sokongan, dan semua bahan berkaitan yang disediakan oleh Nokia. Hak-hak pengguna akhir Anda secara automatik dan serta-merta ditamatkan tanpa sebarang notis dari Nokia sekiranya Anda gagal mematuhi sebarang syarat Perjanjian ini. Sekiranya berlaku sedemikian, Anda hendaklah dengan serta-merta memadam, memusnahkan, atau mengembalikan atas pembiayaan Anda sendiri, Perisian, dan semua salinan sokongan, dan semua bahan berkaitan Nokia.
8. ANDA MEMPERAKUKAN BAHAWA PERISIAN INI DISEDIAKAN DALAM KEADAAN “SEDIA ADA” TANPA SEBARANG JAMINAN, SECARA JELAS ATAU TERSIRAT, DAN KE TAHAP MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI. BAIK NOKIA MAHUPUN PELESEN-PELESENNYA ATAU SEKUTU-SEKUTUNYA, ATAU PEMEGANG-PEMEGANG HAK CIPTA TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERWAKILAN ATAU JAMINAN, SECARA JELAS ATAU TERSIRAT, TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA JAMINAN KEBOLEHJUALAN ATAU KESESUAIAN BAGI TUJUAN TERTENTU ATAU BAHAWA PERISIAN TIDAK AKAN MENYALAHI MANA-MANA PATEN, HAK CIPTA, TANDA NIAGA, ATAU HAK-HAK LAIN PIHAK KETIGA. TIDAK ADA JAMINAN OLEH NOKIA ATAU MANA-MANA PIHAK LAIN BAHAWA FUNGSI-FUNGSI YANG TERKANDUNG DALAM PERISIAN AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA ATAU BAHAWA OPERASI PERISIAN TIDAK AKAN TERGANGGU ATAU BEBAS RALAT. ANDA MEMEGANG TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO SEPENUHNYA DALAM PEMILIHAN PERISIAN INI UNTUK MENCAPAI HASIL-HASIL YANG ANDA INGINKAN DAN BAGI PEMASANGAN, PENGUNAAN, DAN HASIL-HASIL YANG DIDAPATI DARINYA.
9. TIADA OBLIGASI LAIN. Perjanjian ini tidak mewujudkan sebarang obligasi di pihak Nokia selain daripada yang dinyatakan dengan spesifik di sini.
10. BATASAN LIABILITI. SEHINGGA TAHAP MAKSIMUM YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI, NOKIA, PEKERJA-PEKERJANYA ATAU PELESEN-PELESENNYA ATAU SEKUTU-SEKUTUNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB BAGI SEBARANG KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEHASILAN, JUALAN, DATA ATAU KOS PEROLEHAN BARANGAN ATAU KHIDMAT GANTIAN, KEROSAKAN HARTA BENDA, KECEDERAAN DIRI, GANGGUAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN MAKLUMAT PERNIAGAAN, ATAU BAGI SEBARANG KERUGIAN KHAS, LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, BERSAMPINGAN, EKONOMI, LIPUTAN, PUNITIF, KHAS ATAU BERBANGKIT WALAU BAGAIMANAPUN DISEBABKAN DAN SAMA ADA TIMBUL DI BAWAH KONTRAK, UNDANG-UNDANG TORT, KECUAIAN, ATAU TEORI LIABILITI LAIN YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN ATAU KEGAGALAN MENGGUNAKAN PERISIAN, WALAUPUN NOKIA ATAU PELESEN-PELESENNYA TELAH DIMAKLUMKAN MENGENAI KEMUNGKINAN KERUGIAN SEDEMIKIAN. OLEH KERANA TERDAPAT NEGARA/NEGERI/JURISDIKSI YANG TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN LIABILITI, TETAPI MEMBENARKAN LIABILITI DIBATASKAN, DALAM KES-KES SEDEMIKIAN, LIABILITI NOKIA, PEKERJA-PEKERJANYA ATAU PELESEN-PELESENNYA ATAU SEKUTU-SEKUTUNYA AKAN DIHADKAN KEPADA U.S. $50.
Tidak ada sesuatu yang terkandung di dalam Perjanjian ini akan memprejudiskan hak-hak statutori mana-mana pihak yang berurusan sebagai seorang pelanggan. Tidak ada sesuatu yang terkandung di dalam Perjanjian ini membataskan liabiliti Nokia kepada Anda sekiranya berlaku kematian atau kecederaan diri akibat kecuaian Nokia. Nokia bertindak bagi pihak pekerja-pekerjanya dan pelesen-pelesennya atau sekutu-sekutunya bagi tujuan penolakan, pengecualian, dan/atau membataskan obligasi, jaminan, dan liabiliti seperti yang diperuntukkan dalam klausa 9 ini, tetapi tidak bagi keadaan lain atau bagi tujuan lain.
11. SOKONGAN TEKNIKAL. Nokia tidak mempunyai obligasi untuk menyediakan kepada Anda sokongan teknikal kecuali dipersetujui secara berasingan dan secara bertulis antara Anda dan Nokia.
12. KAWALAN EKSPORT. Perisian, termasuk data teknikal, mengandungi perisian kriptografik yang tertakluk kepada kawalan-kawalan eksport Peraturan-Peraturan Eksport A.S ("EAR") dan mungkin tertakluk kepada kawalan-kawalan import atau eksport di negara-negara lain. EAR melarang penggunaan Perisian dan data teknikal oleh Pengguna Akhir Kerajaan, seperti yang dijelaskan selepas ini, tanpa sebarang lessen daripada kerajaan A.S. Pengguna Akhir Kerajaan dijelaskan dalam Bahagian 772 EAR sebagai "sebarang jabatan kerajaan pusat, serantau, atau tempatan, atau entiti lain yang menjalankan fungsi-fungsi kerajaan, termasuk institusi penyelidikan kerajaan, korporat kerajaan, atau unit perniagaannya yang berasingan (seperti yang dijelaskan dalam bahagian 772 EAR) yang terlibat dalam pengeluaran atau pengedaran benda-benda atau perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal dalam Senarai Persenjataan Wassenaar, dan organisasi-organisasi kerajaan antarabangsa. Terma ini tidak termasuk: utiliti (syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan Internet; bank dan institusi kewangan, pengangkutan, penyiaran atau hiburan, organisasi pendidikan, organisasi kesihatan sivil dan perubatan, firma runcit atau borong, dan entiti pengeluaran atau perindustrian yang tidak terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran benda-benda atau perkhidmatan-perkidmatan yang dikawal di bawah Senarai Persenjataan Wassenaar.)" Anda bersetuju untuk mematuhi sepenuhnya dengan semua peraturan import dan eksport yang terpakai dan memperakukan bahawa Anda bertanggungjawab untuk mendapatkan lessen untuk mengeksport, mengeksport semula, memindahkan, atau mengimport Perisian ini. Anda seterusnya memperakui bahawa Anda bukan Pengguna Akhir Kerajaan seperti yang dijelaskan di atas, dan Anda tidak akan memindahkan Perisian kepada mana-mana Pengguna Akhir Kerajaan tanpa lesen.
13. NOTIS. Semua notis dan pengembalian Perisian dan Dokumentasi hendaklah dihantar ke:
NOKIA CORPORATION
P.O. Box 100
FIN-00045 NOKIA GROUP
FINLAND
14. UNDANG-UNDANG TERPAKAI & PERUNTUKAN UMUM.
Perjanjian ini adalah di bawah kawalan undang-undang Finland. Semua pertikaian yang timbul daripada atau berkaitan dengan Perjanjian ini akan diputuskan oleh seorang penimbangtara yang dilantik oleh Dewan Perniagaan Pusat Finland. Prosedur arbitrasi akan dilakukan di Helsinki, Finland menggunakan Bahasa Inggeris. Terdapatnya jurisdiksi yang membataskan peruntukkan pemilihan tempat dan undang-undang dalam beberapa keadaan, dan oleh sebab itu, pilihan di atas mungkin dibataskan atau tidak terpakai. Dalam kes sedemikian, pilihan undang-undang Finland dan pilihan tempat Helsinki, Finland akan dikuatkuasakan setakat mungkin dibenarkan oleh undang-undang. Sekiranya mana-mana bahagian dalam Perjanjian ini didapati terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan, ia tidak akan memberi kesan kepada kesahan bahagian-bahagian lain Perjanjian, yang akan kekal sah dan boleh dikuatkuasakan mengikut terma-termanya. Perjanjian ini hanya boleh diubahsuai secara bertulis oleh seorang pegawai yang diberi kuasa di Nokia.
Ini merupakan keseluruhan perjanjian antara Nokia dan Anda berkaitan Perisian ini, dan ia menggantikan sebarang representasi, perbincangan, penanggungan, perjanjian pengguna akhir, komunikasi, atau pengiklanan yang berkaitan dengan Perisian ini.
SILA KEMUKAKAN SEBARANG BORANG PENDAFTARAN YANG DISERTAKAN BAGI MENDAPATKAN FAEDAH-FAEDAH PENDAFATARAN DI MANA BERKAIATAN .
15. AMG END-USER LICENSE AGREEMENT
This application incorporates software and technology of All Media Guide, LLC. (“AMG”). The AMG software and technology (the “AMG Technology”) allows End Users to access music-related data (“AMG Data”) over the Internet and otherwise from proprietary AMG databases (the “AMG Databases”) located on AMG servers (the “AMG Servers”) and to perform other functions (collectively with the AMG Technology, AMG Data, AMG Databases and AMG Servers, the “AMG Services”).
AMG grants you a limited, non-exclusive, non-transferable, and non-sublicensable right and license to access and use AMG Services only by means of the intended End User functions of this application software.
You agree that you will use the AMG Services for your own personal non-commercial use only. You agree not to: (i) assign, copy, transfer or transmit the AMG Data to any third party; (ii) use or exploit the AMG Services, except as expressly permitted herein; (iii) decompile, disassemble or reverse engineer the AMG Services or any component thereof; (iii) remove any copyright, trademark, trade names, logos or other intellectual property notices in the AMG Services; or (iv) sell, distribute, publish, disclose lease, license transfer or otherwise use the AMG Services, or any portion thereof, other than as expressly provided in these Terms of Use.
You agree that the license to use the AMG Services granted herein will terminate if you violate these restrictions. In addition, AMG may revoke or terminate this license at any time in its sole discretion. If your license terminates, you agree to cease any and all use of the AMG Services. You agree to defend, indemnify and hold harmless AMG and its affiliates from all liabilities, claims and expenses, including attorneys’ fees arising from your breach of these Terms of Use.
AMG reserves all rights in the AMG Services, including all ownership rights. You acknowledge that as between you and AMG, all right, title and ownership to the AMG Services and components thereof remain the exclusive property of AMG, and nothing herein will be deemed to grant you any ownership rights in the AMG Services. You agree that AMG may enforce its rights under this Agreement against you directly in its own name.
AMG reserves the right to delete data from the AMG Databases or to change data categories for any cause that AMG deems sufficient. No warranty is made that the AMG Technology or AMG Servers are error-free or that functioning of AMG Technology or AMG Servers will be uninterrupted. AMG is not obligated to provide you with any new, enhanced or additional data types or categories that AMG may choose to provide in the future and is free to discontinue its online services at any time, without any obligation to you.
To the extent that you, the End User, provide any information or original works of authorship to be added to AMG Databases, you represent and warrant that you are the sole author of such work(s) and further hereby assign to AMG all rights of copyright therein, including the right to register the copyright in such work(s) as part of the AMG Database.
THE AMG SERVICES AND COMPONENTS THEREOF ARE PROVIDED TO YOU “AS IS.” AMG MAKES NO REPRESENTATIONS OR WARRANTIES, EXPRESS OR IMPLIED, REGARDING THE ACCURACY OF THE AMG SERVICES INCLUDING WITHOUT LIMITATION THE IMPLIED WARRANTIES OF MERCHANTABILITY, FITNESS FOR A PARTICULAR PURPOSE, TITLE AND NON-INFRINGEMENT. AMG DOES NOT WARRANT, GUARANTEE OR MAKE ANY REPRESENTATIONS REGARDING THE CORRECTNESS, ACCURACY, RELIABILITY, CURRENTNESS OR THE RESULTS THAT WILL BE OBTAINED BY YOUR USE OF THE AMG SERVICES.
IN NO CASE WILL AMG OR ITS AFFILIATES BE LIABLE TO YOU OR ANY THIRD PARTY FOR ANY INDIRECT, CONSEQUENTIAL, INCIDENTAL SPECIAL, PUNITIVE OR OTHER DAMAGES INCLUDING WITHOUT LIMITATION ANY LOST PROFITS OR LOST REVENUES OR INTERRUPTION WITH BUSINESS UNDER ANY THEORY OF LAW, INCLUDING CONTRACT, TORT, NEGLIGENCE, INDEMNITY, STRICT LIABILITY, PRODUCT LIABILITY, OR OTHERWISE ARISING OUT OF OR IN ANY WAY RELATED TO THE USE OF THE AMG SERVICES. IN NO EVENT WILL AMG’S LIABILITY FOR DAMAGES WITH RESPECT TO THE AMG SERVICES BE IN EXCESS OF TEN DOLLARS REGARDLESS OF THE FORM OF THE CLAIM. SOME JURISDICTIONS DO NOT ALLOW THE EXCLUSION OF LIABILITY FOR INCIDENTAL OR CONSEQUENTIAL DAMAGES, SO THE ABOVE EXCLUSION MAY NOT APPLY TO YOU.
16. COPYRIGHT NOTICES
THIS PRODUCT IS LICENSED UNDER THE VC-1 PATENT PORTFOLIO LICENSES FOR THE PERSONAL AND NON-COMMERCIAL USE OF A CONSUMER OF (A) ENCODE VIDEO IN COMPLIANCE WITH THE VC-1 STANDARD (“VC-1 VIDEO”) OR (B) DECODE VC-1 VIDEO THAT WAS ENCODED BY A CONSUMER ENGAGED IN A PERSONAL AND NON-COMMERCIAL ACTIVITY AND/OR WAS OBTAINED FROM A VIDEO PROVIDER LICENSED TO PROVIDE VC-1 VIDEO. NO LICENSE IS GRANTED OR SHALL BE IMPLIED FOR ANY OTHER USE. If you have any questions about the VC-1 visual standard, please contact MPEG LA, L.L.C., 250 Steele Street, Suite 300, Denver, Colorado 80206;
http://www.mpegla.com.
USE OF THIS PRODUCT IN ANY MANNER THAT COMPLIES WITH THE MPEG-4 VISUAL STANDARD IS PROHIBITED, EXCEPT FOR USE DIRECTLY RELATED TO (A) DATA OR INFORMATION (i) GENERATED BY AND OBTAINED WITHOUT CHARGE FROM A CONSUMER NOT THEREBY ENGAGED IN A BUSINESS ENTERPRISE, AND (ii) FOR PERSONAL USE ONLY; AND (B) OTHER USES SPECIFICALLY AND SEPARATELY LICENSED BY MPEG LA, L.L.C. If you have questions regarding these notices, please contact MPEG LA, L.L.C., 250 Steele Street, Suite 300, Denver, Colorado 80206; Telephone 303 331.1880; FAX 303 331.1879; http://www.mpegla.com.
Content owners use Windows Media digital rights management technology (WMDRM) to protect their intellectual property, including copyrights. This software uses WMDRM software to access WMDRM-protected content. If the software fails to protect the content, content owners may ask Microsoft to revoke the software’s ability to use WMDRM to play or copy protected content. Revocation does not affect unprotected content. When you download licenses for protected content, you agree that Microsoft may include a revocation list with the licenses. Content owners may require you to upgrade WMDRM to access their content. If you decline an upgrade, you will not be able to access content that requires the upgrade.
Supply of this product does not convey a license nor imply any right to distribute content created with this product in –revenue-generating broadcast systems (terrestrial, satellite, cable and/or other distribution channels), streaming applications (via Internet, intranets and/or other networks), other content distribution systems (pay-audio or audio-on-demand applications and the like) or on physical media (compact discs, digital versatile discs, semiconductor chips, hard drives, memory cards and the like). An independent license for such use is required. For details, please visit http://mp3licensing.com.”
“Do Not Copy” Notice. For Licensed Products in software form, Licensee shall provide written notice to all OEM customers, distributors and End-Users that Licensed Products may not be decompiled, reverse-engineered or copied, except with regard to PC Software, End-Users may make single copies for archival purposes; provided, however, with regard to PC Software, Licensee may grant the right to make, reproduce, distribute and Sell its PC Software to an OEM customer or distributor in accordance with the Section entitled “Limitation of Have Made Rights” above.